Dilema: Jentayu, Hud-hud atau Siput

Saturday 24 November 2012



Jentayu dan hud-hud,
Kesemuanya burung,
Dan hamba Allah seperti manusia,
Begitu juga dengan seekor siput,

Siputkah aku?
Jentayukah aku?
Hud-hudkah aku?

Kesemuanya meginjak derap,
Mencari erti menjadi khalifah di muka bumi ini,
Khalifah?
Ya......
Khalifah ialah seorang abidullah yang perlu memakmurkan bumi ini atas nama Allah,

Islam perlu berada di puncak,
Jalan ini ialah jalan perjuangan yang panjang,
Sehinggakan Abu Ayyub Al-Ansari begitu bersungguh untuk menawan Konstantinopel,
Walaupun tidak berjaya,
Biarlah mayatnya dikuburkan di kawasan terhampir,
Kerana perjuangan ini bermula dari usia muda,
Bagaikan tiada tempat berteduh,

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Tiada indikator untuk membuktikan samaada jiwa ini betul-betul 'jentayu',
Atau masih seekor siput,
Yang pasti,
Suruhan berjuang itu telah tiba,
Walaupun diri bukan jentayu atau hud-hud,

Berjuanglah!
Dan berusahalah sebaik mungkin dengan izin Allah untuk diri menjadi betul-betul jentayu dan hud-hud,

BENAR!
Argh!!!
Ak seekor siput yang malas, lembab, kecil,
Tapi hud-hud tidak pernah memberi alasan sedemikian,
Perlu berubah......

Aamiiin.......