Jentayu terbang bersama awan

Monday 27 May 2013

Awan kerap berubah bentuk,
Acap kali juga berubah arah
Dihembus kiri
Maka kirilah arahnya,
Disapa similir kanan,
Lantas ke kanan ia berlalu,

Di manakah jentayu yang terbang tinggi di angkasa?
Gagahkah jentayu menempuh pawana2 kencang?
Lalu mata hati tunduk merenung diri,


[إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ [٤١:٣٠
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu"


Astaghfirullahalzim,

Pemuda-pemudi yang berjuang laksana jentayu,
Begitu banyak kudrat yang Allah kurniakan,
Namun adakah kita menjadi jentayu yang menongkah arus,
Atau terbang bersama awan.....
Awan bisikan syaitan yang menawan...

"Wahai anak muda, teruskan perjuangan selepas ini. Mungkin kemenangan bukan berlaku pada zaman saya, mungkin kemenangan berlaku pada zaman kamu semua, tetapi saya mengimpikan untuk melihat Islam menang pada zaman saya. Impian saya adalah untuk melihat Islam berdaulat." - sebak Ayah Cik, TG Hadi Awang. 


Lalu harus sekali bertanya si jentayu pada hatinya,
Benarkah aku pemuda pengisi kemenangan itu?

Wassini
Barakallahufikum




Kitalah remaja....

Sunday 12 May 2013

Tertarik menonton anime My-HiME.

Tertarik dengan isu yang cuba diketengahakan.

Isu remaja dengan perasaan.

Remaja.........

Sekelompok manusia yang sering diperlihatkan sebagai mereka yang penuh dengan semangat,

Mungkin,

Yang menariknya, semua watak utama berjuang untuk mempertahankan 'dearest person to her'...

Kekalahan menyebabkan watak tersebut kehilangan 'dearest person to her'

Sesetengah watak, org tersebut ialah 'ummuha', dan kebanyakannya ialah seperti yang disebut oleh Allah:

وَمِن كُلِّ شَيْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.
(Adh-Dhaariyat: 49)

Ada juga orang tersebut ialah sahabat mereka sendiri

dan ada juga membawa tema 'unspeakable love'


Hakikatnye, itulah remaja iaitu kita....yang sarat dengan perasaan..........

وَأَنَّهُ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَىٰ [٥٣:٤٣]

Dan bahwasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis
(An-Najm: 43)

Begitu hebat sekali perasaan yang Allah ciptakan dalam diri setiap manusia.

 Dan paling hebat ialah mereka yang meletakkan perasaan itu di tempatnya.

Meletakkan cinta tertinggi itu kepada Allah, kemudian kekasih kita, nabi Muhammad SAW

Nescaya, dalam perjuangan mencari keredhaan Allah ini, tiada lagi yang dibimbangkan akan hilang kerana ganjarannya ialah keredhaan Allah.

Itulah matlamat kita, InsyaAllah....

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Aali Imraan: 31)

Subhanallah. Barakallahufikum.


Kerana cinta pada Allah, tiada lagi yang dibimbangkan akan menjadi halangan....biar beribu parut luka menghiris kalbu

Berusahalah menjadi hambaNya yang cinta kepada-Nya wahai remaja yang sarat dengan perasaan.

Usah disiakan jiwa mudamu....

Carilah Allah dimana sahaja




InsyaAllah kita sama-sama berusaha.

Ya Allah, Aamiiin

nota kaki: ana x istiqamah dalam dakwah melalui blog ni. doakan ana ^_^