Apa yang mungkin menjadi Jalan Kemenangan?
Kemenangan dalam kepayahan. Kemenangan dalam kesulitan. Dan
begitulah juga dengan usaha dalam mencari kemenangan yang tersurat itu. Pasti
banyak liku-liku, simpang-siur, yang kadang-kadang menggugat ‘keimanan’ pengembara
itu. Kadan-kadang pengembara itu sendiri akan ragu-ragu dengan jalan kemenangan
itu. Bukan setakat was-was malah hilang keyakinan. Mungkin? Simplistik untuk
disebut dalam untaian kata namun sukar sekali untuk diterjemahkan dalam
realiti.
Keyakinan bahawa mungkin ini jalan kemenangan 95%. Jawapan
anda?
وَيُنَجِّي
اللَّهُ الَّذِينَ اتَّقَوْا بِمَفَازَتِهِمْ لَا يَمَسُّهُمُ السُّوءُ
وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ [٣٩:٦١]
Dan Allah menyelamatkan orang-orang yang bertakwa karena kemenangan mereka, mereka tiada disentuh oleh azab
(neraka dan tidak pula) mereka berduka cita (Azzumar, 39:61).
Apa yang mungkin menjadi realiti?
Pentas sandiwara Malaysia hari ini dikejutkan dengan PRK
pertama di kawasan dewan undangan negeri N01 Kuala Besut. Apa yang menariknya,
tarikh pengundian ditetapkan dalam bulan Ramadhan. Jalan yang dipilih dan
dilalui sepanjang proses inikah yang dipanggil Jalan Kemenangan? PIhak yang
menang ialah mereka yang dipilih Allah walaupun yang benar tidak semestinya
menang. Allah mengetahui segala hikmah yang tersurat.
Sejarah?
Bulan Ramadhan dipersembahkan di atas pentas sejarah dengan
berbagai kemenangan yang dikurniakan Allah kepada umat islam. Peristiwa perang
Badar, ain jalut, pembukaan konstantinopel dan sebagainya yang berkenaan berlaku
dalam bulan ini, membuktikan bahawa ini ialah bulan kemenangan. Kemenangan
diberikan kepada pihak yang memperjuangkan Islam.
Tapi……
Kenapa kemenangan dalam bulan ramadhan dicerminkan hanya
sebagai kejayaan melawan hawa nafsu yang negatif?
Menhidangkan makanan yang istimewa bertujuan untuk
memuliakan bulan ramadhan. Saya setuju.
Tapi……
Kalau makanan istimewa itu penuh seluas mata memandang,
inikah kemenangan melawan hawa nafsu?
Jadi, pada pendapat saya wajarlah jika pentas sejarah masa
ini tidak lagi membawa plot kemenangan. Sejarah hanya tinggal dalam lipatan
kulit buku yang makin lama menjadi kekuningan usang. Akhirnya berhabuk dimamah
anai-anai.
Apa yang mungkin menjadi solusi?
Ubah cara berfikir?
Mungkinkah tepat jika dikatakan silapnya ialah kerana kita
hanya meletakkan kemenangan bulan ramadhan hanya setakat kejayaan menahan nafsu
keinginan untuk makan dan minum yang negatif. Misi kemenangan itu mungkin perlu
lebih izhar, jelas.
Jika peristiwa penaklukan konstantinopel lantaran anugerah
Allah kepada sebaik-baik pemerintah dan sebaik-baik tentera…..
jadi, berusahakah kita untuk menjadi pemuda seperti sultan
al fateh itu?
Yang pasti, bukannya bermakna semua orang perlu menjadi
beliau. Allah tidak menciptakan semua manusia untuk menjadi beliau bukan?
Orang kata, kemenangan bagi orang yang beriman ialah dapat kembali ke syurga dan bertemu dengan
Allah, tuhan kita. Dan jalan untuk kemenangan ini payah, penuh ujiannya. Ya,
inilah kehidupan. Bukannya nama kehidupan jika tanpa ujian. Berusaha menjadi
hamba yang bersyukur apabila Allah memilih kita untuk diuji.
Sekarang, insyaAllah kita baru setapak ke hadapan untuk
berjaya. Alhamdulillah